Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 23, 2011

GuLai Tempoyak Ikan Patin

alt


Bahan-bahan
  • 10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
  • 3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak, nanti kurang sedap)
  • 1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit)
  • 5 cm lengkuas
  • 3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
  • 15 tangkai cili padi (jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan)
  • 10 tangkai daun kesum
  • 3 keping asam gelugur @asam keping
  • 5 sudu tempoyak (lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat)
  • air secukupnya (untuk kuah banyak, masukkan air banyak)
  • garam secukup rasa
  • 3 batang serai

Cara-cara

- Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir..
- Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan) Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.
- Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.
- Masukkan ikan satu persatu. Hati-hati sebab tekstur isi ikan patin lembut dan mudah terlerai/hancur jika dipegang terlalu kasar..
- Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana.
- Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

No comments:

Post a Comment