Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 10, 2011

Beware : Telur Ayam Tiruan

Assalamulaikum :)


Mesti korang da baca artikel pasal telur tiruan ni kan.Aku xtau pun kuar artikel ni kat paper pada ari kejadian.Semalam sambil aku duk tgk channel @15 la aku tawu..kan kat situ ada chat box.Memang tebiat aku suke baca pe dorang borakkan..ngeh3..Sampai pernah aku berangan kalu 1 ari nanti aku jadi moderator kt @15 kan bezzz..Korang pikir x clazz?Ade aku kesah..hehe..Berbalik pada cenel @15 ni la yg aku tau byk mende..Kekdg moderator dorang akan inform latest news kt situ...So berbaloi jugak la kan selain dapat tengok AF,Imam Muda & sebagainya. :)



Pembuatan Telur Tiruan

Mengikut laporan telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.




Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.




kiri : telur palsu   kanan : telur tulen




  
Ok guys...Aku nasihatkan hati2 la k...Tak lupa untuk diri aku gak..Moga kita di jauhi dari mende2 camnie ok..Choww! =)



No comments:

Post a Comment