Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 23, 2011

GuLai Tempoyak Ikan Patin

alt


Bahan-bahan
  • 10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
  • 3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak, nanti kurang sedap)
  • 1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit)
  • 5 cm lengkuas
  • 3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
  • 15 tangkai cili padi (jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan)
  • 10 tangkai daun kesum
  • 3 keping asam gelugur @asam keping
  • 5 sudu tempoyak (lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat)
  • air secukupnya (untuk kuah banyak, masukkan air banyak)
  • garam secukup rasa
  • 3 batang serai

Cara-cara

Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir..
- Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan) Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.
Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan satu persatu. Hati-hati sebab tekstur isi ikan patin lembut dan mudah terlerai/hancur jika dipegang terlalu kasar..
- Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana.
Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

No comments:

Post a Comment