Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 21, 2011

Individu dan Persekitaran.



Assalamualaikum


Dalam sambungan entry kali ini fara nak kongsi sikit ilmu untuk pembaca setia blog fara dan untuk sesiapa yang datang menjengah ke blog yang gak punya apa-apa keistimewaan ini.. ceee

Ini berkaitan tentang subjek sains sukan yang pernah fara belajar masa sekolah dulu. Walaupun sains sukan ni berkaitan dengan orang-orang yang dalam bidang ni jugak tapi why not orang yang diluar bidang ini juga boleh belajar serba sedikit.. Fara harap korang boleh adaptasi dari apa yang fara nak ceritakan kat bawah ni dalam kehidupan korang seharian & etc.. :-)


~ JENIS-JENIS KEBIMBANGAN





     Levit (1980) mengkategorikan kebimbangan kepada dua iaitu kebimbangan tret (trait anxiety) dan kebimbangan seketika (state anxiety). Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu. Individu yang memiliki ciri-ciri ini sering mentafsirkan situasi persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri. Persepsi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.


~ KESAN KEBANGKITAN DAN KEBIMBANGAN TERHADAP INDIVIDU:


STRES
> respon tubuh tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan yang dihadapi di persekitaran. Antara bentuk tekanan dihadapi adalah tekanan fizikal, tekanan mental seperti rasa sedih, kecewa dan seronok serta bentuk tekanan & etc. Apapun bentuk tekanan yang diterima, reaksi fisiologikalnya tetap sama. Ia merupakan tindak balas semulajadi terhadap tekanan yang terdapat di persekitaran. Stress ada +ve  & -ve, depends on tafsiran yang dibuat oleh individu.


Selve (1982), stress dikategorikan kepada 4  iaitu eustress-distress serta hyperstress-hypostress.

      Jika individu merasakan stress itu bersifat +ve , maka ia disebut eustress. Contohnya, perasaan debaran dirasai seorang atlet sementara namanya di umumkan sebagai pemenang serta dikalungkan pingat. Ini ditafsirkan sebagai positif oleh atlet itu.

      Sekiranya individu tersebut menganggap stress yang dialaminya bersifat -ve , maka ia disebut distress. Individu ini merasakan tidak mampu untuk menghadapi tekanan atau bebanan yang dihadapi di persekitaran. Contohnya, apabila seseorang gimnastik terjatuh dari balance beam. Walaupun ahli gimnastik  ini meneruskan rutin beliau, rasa takut untuk jatuh untuk kali kedua serta kebimbangan yang dirasai kerana kehilangan mata (markah) akibat jatuh pada awal rutin memberikan kesan kepada beliau. Ini boleh menjejaskan prestasi atlet itu & menimbulkan kesan -ve dikenali sebagai kebimbangan.


HYPERSTRESS
> Keadaan di mana tahap serta jumlah stress yang dialami melampaui kemampuan kita menangani stres tersebut. Contohnya, dalam keadaan tertekan yang amat sangat (terlalu takut, risau atau bimbang), seorang individu menjadi kaku serta tidak dapat memberikan sebarang reaksi.


HYPOSTRESS
> Antonim yang berlawan kepada HYPERSTRESS. Dalam keadaan ini, jumlah atau bentuk stres yang dialami tidak langsung merangsang atau membimbangkan individu itu. Hasilnya, kebosanan mungkin terjadi. Contoh dalam hidup fara sendiri bila masa exam kot.. Study & menghafal bagai. Sejam pastu dah bosan fara gi bantai tidolah,berborak,bukak lappy & etc.. Dah hilang borink baru sambung semula study. ^^



Ini kalau nampak atas meja tengah study..Tak mungkin dong disia-siakan. 




Entry di atas ni adalah salah satu tajuk yang fara suka masa belajar dulu. Senang nak hafal walaupun terkeliru juga kadang-kadang. Papepun sains sukan memang seronok untuk korang belajar taw.. :-)

No comments:

Post a Comment